Selasa, 03 Februari 2009

Air Mata Nabi Adam

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluardari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis
selama 300 tahun . Nabi Adam tidak mengangkatkepalanya ke langit kerana terlampau malukepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga airmatanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayumanis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanyakepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, " Hai Adam , sesungguhnyaaku belum pernah menciptakan air minum yanglebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejammanusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalamsetiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
.* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Laludijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajahmanusia yang ketika di dunia, mereka akanmeninggalkan pekerjaan dan terus bersuci danmengambil air sembahyang apabila terdengarazan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yangmengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka sepertimatahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia didalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang darineraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasaldari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini daritimur hingga ke barat. Panjangnya pula sepertijarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkauhendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima ,orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimatyang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar